comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Mesyuarat G20 menteri perdagangan, pelaburan bermula hari ini

Foto: Reuters

MOSCOW: Mesyuarat dua hari menteri perdagangan dan pelaburan negara-negara anggota G20 akan bermula di bandar Jaipur, India pada Khamis, lapor Sputnik.

Rundingan itu akan memberi tumpuan kepada penyelarasan kedudukan mengenai perdagangan global dan isu berkaitan pelaburan serta perbincangan cadangan yang dikemukakan oleh India dalam G20.

Para menteri dijangka menerima pakai kenyataan bersama yang disediakan semasa mesyuarat kumpulan kerja perdagangan dan pelaburan G20 awal minggu ini.

Mesyuarat itu dijangka dihadiri lebih 300 perwakilan, termasuk menteri perdagangan dan ketua delegasi dari negara anggota G20, kumpulan serantau dan organisasi antarabangsa. – BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini