comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Thaksin boleh dapatkan pengampunan diraja

Foto: Reuters

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawat boleh mendapatkan pengampunan diraja dan proses itu mengambil masa satu hingga dua bulan.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan, Sitthi Sutivong.

Menurut beliau, Thaksin memohon pengampunan diraja sejurus menjalani hukuman penjara.

Namun ia bergantung pada jumlah dokumen yang diserah, selain alasan kukuh yang diberi.

Permohonan pengampunan diraja akan dikemukakan kepada jawatankuasa jabatan pemulihan.

Ia kemudian akan dibawa kepada kementerian kehakiman, sebelum dikemukakan perdana menteri untuk pertimbangan Majlis Privy.

Foto: Reuters

Terdahulu, mahkamah agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada Thaksin yang kembali semula ke Thailand selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun.

Setibanya di Thailand, Thaksin dibawa ke penjara reman Bangkok.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan keadaan kesihatan Thaksin kini dipantau rapi berikutan masalah jantung, paru-paru, tekanan darah tinggi dan tulang belakang dihidapi.

Loading...
Terkini