comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Tujuh maut bas bertembung lori di Timur Turkiye

FOTO: REUTERS

AGRI: Sekurang-kurangnya tujuh maut apabila bas yang dinaiki mereka bertembung dengan dua trak di Timur Turkiye.

Nahas berlaku di lebuh raya berhampiran bandar Tutak, di wilayah Agri yang bersempadan dengan Iran dan Armenia.

Wakil kerajaan memaklumkan 18 orang dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara dua daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan kematian itu semasa berucap pada majlis perasmian projek untuk kawasan luar bandar.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini