comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] 3 lelaki termasuk dua beradik dituduh rogol adik ipar rakan

 

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana merogol adik ipar rakan secara bergilir-gilir, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, Nik Mohammad Rahimin Mat Zaid, 33; adiknya, Nik Khaira Hafizi, 28 dan rakan mereka; Mohd Zulhilmi Zainuddin, 33 mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.

Tiga tertuduh dibawa ke mahkamah kerana merogol adik ipar rakan di Wangsa Maju dua minggu lalu. – FOTO: NSTP

Mengikut pertuduhan, Nik Mohammad Rahimin yang juga mekanik dan dua lagi tertuduh pekerja kedai makan merogol seorang wanita berusia 26 tahun di sebuah kediaman di Wangsa Maju, jam antara 2 pagi hingga 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Artikel berkaitan: Wanita sedang tidur diperkosa 5 rakan abang ipar, rakam perbuatan

Oleh yang demikian, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan yang dibaca bersama Seksyen 34 KK.

Seksyen 34 KK apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama dan setiap seorang daripada mereka bertanggungjawab atas perbuatan itu seolah-olah ia dilakukan berseorangan.

Susulan pengakuan tidak bersalah berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub, membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh.

“Pendakwaan tak benarkan jaminan kerana ia adalah kes serius membabitkan rogol berkumpulan oleh tiga tertuduh.

“Kalau diberi jaminan, tertuduh kemungkinan tidak hadir ke mahkamah. Mengikut siasatan polis, ketiga-tiga tertuduh rakan kepada abang ipar mangsa,” katanya.

Namun, semua tertuduh terbabit yang tidak diwakili peguam memohon diberi jaminan atas alasan perlu menanggung anak berusia antara enam bulan hingga 12 tahun.

Hakim kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 12 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen serta lantikan peguam.

Pada Jumaat lalu, seorang bapa empat anak didakwa di Mahkamah Sesyen kerana bersubahat dengan membenarkan sekumpulan rakan merogol adik iparnya.

Artikel berkaitan: Bapa empat anak mengaku tidak bersalah bersubahat benarkan rakan rogol adik ipar bergilir-gilir

Bagaimanapun, penganggur berusia 29 tahun itu tidak mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Loading...
Terkini