comscore
Tumpuan :
Mahkamah

6 termasuk lima beradik didakwa rogol, amang seksual

Enam lelaki termasuk lima beradik dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan amang seksual serta merogol seorang kanak-kanak perempuan bawah unur berusia 11 tahun, awal bulan lalu. FOTO: NSTP

KUALA KANGSAR: Empat lelaki termasuk tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan bawah umur di Gerik, Perak bulan lalu.

Bagaimanapun keempat-empat tertuduh, termasuk tiga di bawah umur mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut kertas pertuduhan, tiga beradik yang berusia, 23, 17 dan 14 tahun bersama seorang lagi rakan mereka berusia 16 tahun didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Pahat Luar, Gerik pada awal November lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin empat ribu ringgit dan menetapkan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Mereka juga perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Dalam prosiding yang sama, dua lagi abang mereka yang berusia 25 dan 31 tahun mengaku salah melakukan amang seksual ke atas mangsa yang sama di lokasi yang sama pada awal November.

Kesalahan dilakukan mengikut seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan dihukum sebat.

Mahkamah menetapkan 22 Januari depan tarikh sebutan semula bagi kedua-dua kes bagi mendapatkan laporan psikiatri mangsa, lantikan peguam dan hukuman.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini