comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pekerja kilang kayu mengaku salah tetak tangan adik hingga hampir putus

KUALA TERENGGANU: Gara gara menuntut duit gaji, seorang pekerja kilang kayu yang menetak tangan adiknya sehingga hampir putus dihukum penjara 6 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Tertuduh, Muhammad Syarif Suhiemai, 32 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada adik lelakinya berusia 25 tahun yang turut bekerja di kilang yang sama dengan menetak tangan mangsa menggunakan sebilah parang sehingga hampir putus.

Tertuduh mendakwa adiknya telah mengambil duit gaji yang telah diberikan oleh majikan bagi pihaknya namun enggan memberikan kepadanya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang kayu di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira jam 12.00 tengahari pada 29 Oktober tahun lalu.

Hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu 29 Oktober 2023.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim.

Manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Najmi Adila Md. Nasir.

Loading...
Terkini