comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Buruh mengaku tidak bersalah tujuh tuduhan rogol, liwat tiga anak

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tujuh pertuduhan merogol dan meliwat tiga anaknya dalam kejadian antara Oktober 2022 sehingga Mei tahun ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh, 38, didakwa melakukan hubungan seks dengan anaknya yang berusia 12 tahun di sebuah rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus kira-kira jam 12 hingga 1 tengah hari pada Mac tahun lalu.

Dia juga didakwa  melakukan perbuatan ke atas mangsa sama, kira-kira jam 11 pagi di lokasi dan tarikh sama.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan terkutuk itu antara jam 10 hingga 11 pagi pada Disember 2022.

Dakwaan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Tertuduh  turut berdepan dakwaan merogol anaknya yang berusia 13 tahun antara jam 2 hingga 3 petang pada Oktober hingga November tahun lalu dan Mei tahun ini.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan  tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan liwat  terhadap seorang lagi anaknya yang berusia sembilan tahun antara jam 10 malam hingga 6 pagi pada Februari 2022 dan kira-kira jam 1 tengah hari pada Mac lalu .

Hakim Hakim Nooriah Osman menetapkan 12 Julai depan untuk   sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Loading...
Terkini