comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Perakam suara boleh digunakan, bukti suami nusyuz, curang – Peguam

KUALA LUMPUR: Rakaman suara yang diperolehi Bella Astillah dengan meletakkan perakam di dalam kereta Aliff Aziz adalah jalan terbaik bagi mencari bukti untuk digunakan di mahkamah.

Menurut peguam, Wan Azliana Wan Adnan berkata, jika ia bertujuan untuk mengumpul bukti, perakam suara boleh digunakan untuk membuktikan suami nusyuz, curang atau gagal bertanggungjawab sebagai suami memerlukan bukti yang kukuh di mahkamah.

“Di mahkamah, sekadar beri keterangan suami curang, suami tidak bertanggungjawab memang tidak cukup.

“Perlukan bukti, beberapa saksi untuk menyokong dakwaan isteri mengenai dakwaan curang.

“Isteri boleh mengemukakan dokumen seperti gambar, surat, rakaman CCTV (kamera litar tertutup), rakaman suara memang bagus kalau ada dan menguatkan lagi kes di mahkamah,” katanya media di sini hari ini.

Wan Azliana berkata, jika benar dakwaan suami ‘kantoi’ curang lebih 10 kali memang tindakan wajar dan bijak untuk mengumpul bukti bagi mendapatkan keadilan dan menuntut hak sebagai isteri.

“Bella seorang yang sangat penyabar dan pemaaf walaupun dicurangi suami lebih 10 kali dan curang dengan adik ipar sendiri.

“Janganlah tuduh Bella buka aib suami. Akhirnya dia bersuara untuk mempertahankan maruah diri sebagai isteri selepas dimalukan berkali-kali dengan isu suami curang dan ditangkap khalwat,” katanya.

Menurutnya, jika seorang isteri sudah mempunyai syak wasangka suaminya curang, menggunakan perakam atau alat navigasi peta Global Positioning System (GPS) boleh digunakan untuk mendapatkan bukti.

“Beban pembuktian terletak di bawah yang mendakwa, selagi mana bukti diperolehi dengan cara bukan haram, boleh digunakan di mahkamah.

“Tetapi haram ini maksudnya contoh masuk rumah orang lain, letak kamera, maka itu salah dan melanggar undang-undang,” katanya.

Semalam, Bella buat pertama kali mendedahkan terpaksa meletakkan GPS dan perakam suara di dalam kereta suaminya kerana curiga dengan tingkah laku lelaki itu yang berubah selepas melakukan penggambaran dengan seorang pelakon wanita.

Terdahulu, tular laporan berita mendakwa seorang artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini.

Sebelum ini pada 2019, Bella dan Aliff pernah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Namun pasangan itu kemudian rujuk semula ketika Bella masih dalam edah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini