comscore
Tumpuan :
Nasional

Khalwat selebriti: Maksiat tetap maksiat, tak boleh dipromosikan – Menteri JPM

KUALA LUMPUR: Penahanan dua selebriti oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang didakwa berkhalwat, bukan satu gimik untuk meraih publisiti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata ia sebaliknya dibuat selepas pihak penguat kuasa agama menerima aduan daripada pihak ketiga.

Katanya JAWI sama sekali tidak akan terbabit dalam sebarang usaha penguatkuasaan semata-mata untuk tujuan sedemikian, termasuk bagi melaris dan mempromosikan drama dilakonkan dua selebriti itu.

“Maksiat tetap maksiat, tak boleh dipromosikan. Tak timbul langsung pihak JAWI jadikan ini (tangkapan selebriti) itu sebagai gimik.

“Sebaliknya, JAWI laksana tindakan secara bebas dan adil. Khalwat adalah satu daripada kesalahan di bawah Kanun Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya selepas merasmikan Bulan Wakaf Kebangsaaan 2024 – Wakaf Membangun Malaysia MADANI di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.

Pasangan selebriti yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama itu, ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini