comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Isteri Daim tiba di Kompleks Mahkamah KL


Oleh: Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: Toh Puan Na’imah Khalid, isteri kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin tiba di lobi Kompleks Mahkamah di sini, jam 8.30 pagi bagi menghadapi pertuduhan berhubung gagal mengisytihar harta.

Beliau dipercayai akan dituduh mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang mana kes ini akan didengar di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Na’imah yang memakai baju kurung hijau kelihatan ditemani beberapa orang lelaki yang dipercayai peguamnya.

Terdahulu, SPRM telah memulakan siasatan terhadap keluarga Daim sejak Februari tahun lalu rentetan daripada pendedahan Kertas Pandora.

Pada 10 Januari lalu, Nai’mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan SPRM terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan kenyataan diambil daripada isteri dan anak-anak lelaki Daim untuk membantu siasatan mengikut undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini