comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Wang terbabit digunakan Rosmah untuk membayar bil telefon dan kad kredit miliknya serta ahli keluarga – Timbalan Pendakwa Raya

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: “Wang terbabit digunakan Rosmah untuk membayar bil telefon dan kad kredit miliknya serta ahli keluarga.

“Tindakan itu dibuat menerusi cek ditandatanganinya,”demikian kenyataan pembukaan oleh pihak pendakwaan yang memaklumkan kepada mahkamah bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak bekerja, telah menerima sejumlah besar wang ke dalam akaun semasanya di Affin Bank Berhad.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata wang berkenaan didepositkan dengan bantuan Pengurus Kediaman Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, Roslan Sohari.

“Pada setiap masa hingga pertuduhan di mahkamah, tertuduh tidak bekerja. Wang itu didepositkan ke dalam akaun bank semasa di Affin Bank Berhad. Jumlah wang yang didepositkan tidak setara dengan kemampuan tertuduh.

Rosmah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 4 Oktober 2018, sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Beliau berdepan 12 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) antara 2013 dan 2018.

Pada 1 September 2022, Hakim Mohamed Zaini Mazlan, mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Hakim itu juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan, namun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Loading...
Terkini