comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Wanita simbah air panas pada jiran OKU direman 4 hari

FOTO: NSTP

BALIK PULAU: Pembantu jualan direman empat hari bagi membantu siasatan kes simbah air panas terhadap lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Jalan Rajawali I-Park, di sini.

Perintah reman terhadap wanita berusia 39 tahun itu bermula hari ini hingga Rabu, dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang lelaki OKU Sindrom Down berusia 33 tahun melecur di bahagian depan dan belakang badan akibat disimbah dengan air panas oleh jirannya pada 9.20 pagi semalam.

Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada dalam keadaan stabil, malah kejadian turut tular di media sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini