comscore
Tumpuan :
Nasional

10 daerah di Kedah alami cuaca panas tahap satu

Foto: NSTP

ALOR SETAR: Hampir 10 daerah di negeri ini mengalami cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) yang mencatatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, antara daerah terbabit ialah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Kuala Muda, Baling, Kulim, Pendang dan Pulau Langkawi.

Bagaimanapun katanya, dua daerah lain iaitu Yan dan Bandar Baharu masih mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.

“Cuaca panas dijangka berakhir apabila masuk musim peralihan monsun yang dijangkakan pada hujung Mac ini atau awal April depan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya kurangkan berada di luar rumah pada waktu tengah hari bagi mengelak terdedah dengan cuaca panas,” katanya.

Foto: NSTP

Sementara itu, pengusaha ikan kering, Hashimah Ahmad, 50, berkata, cuaca panas ini memberi peluang kepadanya untuk menjemur ikan kering yang dijualnya kerana lebih cepat kering.

Katanya, dalam sehari, dia hanya mengambil masa tidak sampai tidak sampai satu jam untuk menjemur ikan berbanding tiga atau empat jam sebelum ini.

“Memang cuaca agak panas sejak dua tiga ini dan saya tidak mengambil masa yang lama untuk menjemur ikan seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Kuala Kedah, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini