comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 10 lagi keluarga mangsa banjir Kedah dipindahkan ke PPS

 

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus mencatat peningkatan, manakala situasi banjir di Perak semakin pulih setakat jam 7 pagi ini.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 242 mangsa daripada 78 keluarga berbanding 210 orang daripada 68 keluarga malam tadi.

Berdasarkan portal bencana banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kota Setar menyaksikan pertambahan jumlah mangsa yang terbaharu beroperasi di Sekolah Kebangsaan Taman Aman.

Satu lagi daerah terjejas awal di Kubang Pasu menyaksikan 31 mangsa masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Malau.

Keadaan berbeza di Perak, apabila mangsa banjir di dua daerah setakat pagi ini terus berkurang kepada 169 orang daripada 50 keluarga berbanding 187 orang daripada 54 keluarga malam tadi.

Empat PPS dibuka membabitkan dua masing-masing di daerah Kerian dan Hilir Perak.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini