comscore
Tumpuan :
Nasional

13 wakil PH dilantik Timbalan Menteri, 6 BN, GPS

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan barisan penuh 27 timbalan menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan yang akan mengangkat sumpah jawatan pada jam 3 petang esok.

Senarai nama timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak menyebut nama Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Timbalan Menteri Agama.

Daripada senarai diumumkan itu, PH mendominasi senarai dengan 13 portfolio timbalan menteri iaitu enam wakil DAP, PKR (lima) serta dua wakil Parti Amanah Negara (AMANAH).

Wakil pemimpin DAP itu termasuk Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, Chang Foong Hin (Kota Kinabalu), Liew Ching Tong (Iskandar Putri), Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor), Teo Ni Ching (Kulai) dan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying.

PKR pula, Ahli Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Fuziah Salleh (Kuantan), Naib Presiden PKR, Saraswathy Kandasamy, Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (Sepanggar) serta Ahli Parlimen Hang Tuan Jaya, Adam Adli Abdul Halim.

Sementara AMANAH pula diwakili bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahary dan Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu.

Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak pula memperoleh masing-masing enam portfolio timbalan menteri.

Antara pemimpin yang mewakili BN itu, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Siti Aminah Aching (Beaufort), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Dr Samsul Anuar Nasarah (Lenggong) serta Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.

GPS pula, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, Hasbi Habibollah (Limbang), Datuk Hanifah Taib (Mukah), Datuk Sri Huang Tiong Sii (Serikei), Lukanisman Awang Sauni (Sebuti) dan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong

Sementara Parti Warisan (WARISAN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masing-masing mewakili satu portfolio timbalan menteri.

Wakil dari WARISAN adalah Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Seri Mohamad Yusuf Apdal dan GRS pula, Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Loading...
Terkini