comscore
Tumpuan :
Nasional

58 mangsa banjir di Terengganu berlindung 5 PPS

TERENGGANU: Banjir yang melanda daerah Marang pulih sepenuhnya dan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sejak semalam ditutup jam 12.00 tengahari tadi.

Hanya berbaki 58 mangsa dari 14 keluarga membabitkan mangsa banjir dari daerah Dungun dan Kemaman, masih berlindung di lima PPS.

Empat PPS dibuka di daerah itu antaranya SK Kuala Abang yang menempatkan 19 mangsa dari lima keluarga.

Lapan mangsa dari dua keluarga, masing-masing berlindung di Balairaya Sura Lapangan Terbang dan Balairaya Jalan Teratai.

Satu PPS baharu di buka di Dungun iaitu Balairaya Kampung Pelandang yang menempatkan 18 mangsa dari empat keluarga.

Manakala di Daerah Kemaman, hanya satu PPS Balairaya Kampung Batu 9 Ibok, dibuka setakat ini yang menjadi tempat berlindung lima mangsa membabitkan satu keluarga sahaja.

Bagaimanapun, hujan kadang kala lebat masih berlaku di beberapa tempat.

Keseluruhan mangsa banjir di Terengganu setakat jam 10 pagi tadi, seramai 54 dari 15 keluarga, masih berlindung di lima PPS.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini