comscore
Tumpuan :
Nasional

7 kenderaan mewah musnah dalam kebakaran 

FOTO: Ihsan JBPM

KUCHING: Tujuh kereta mewah yang diparkir di garaj sebuah kedai menjual kenderaan di Bintawa, di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Antara kenderaan yang musnah sepenuhnya ialah Volkswagen Peter, Mercedes CLS, BMW 7 Siries dan Audi Q7 musnah sepenuhnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.50 pagi.

Beliau berkata, 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran sedang merebak pada kenderaan yang diletakkan di dalam garaj kedai berkenaan.

“Terdapat lapan kereta di dalam garaj itu dan sebuah daripadanya berjaya diselamatkan namun kebakaran itu tidak membabitkan struktur bangunan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 5.28 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.49 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini