comscore
Tumpuan :
Nasional

8,000 kad pengenalan hilang setiap tahun

KUALA NERUS: Kira-kira 8,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan di seluruh negara setiap tahun sejak 2018.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Zamri Misman, berkata jumlah itu merangkumi empat peratus daripada 200,000 pendaftaran MyKad yang dikeluarkan JPN pada setiap tahun.

Pihaknya memandang serius isu berkenaan kerana bimbang akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi pelbagai tujuan termasuk jenayah.

Katanya lagi faktor utama kehilangan kad pengenalan adalah disebabkan kecuaian.

“4 peratus kehilangan kad pengenalan adalah kerana kecuaian sendiri saya nasihatkan kepada semua rakyat Malaysia jagalah dokumen keselamatan dokumen diri yang perlu kita jaga macam kita jaga diri sendiri faktor utama kecuaian sendiri tersilap letak tertinggal dan sebagainya”, katanya.

Beliau ditemui di Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Kampung Telaga Daing Kuala Nerus, Terengganu.

Pada program berkenaan seorang warga emas kurang upaya (OKU), Abdul Wahab Saleh, 71 tahun, dilaporkan tidak mempunyai Mykad, namun hanya memiliki sijil kelahiran bertaraf warganegara sepanjang hidupnya.

Menurut anak saudaranya, Normah Mamat ketiadaan kad pengenalan menyebabkan bapa saudaranya mengalami kesukaran pembiayaan kos rawatan kesihatan di hospital dan keperluan bagi mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Terima kasihlah kepada pihak JPN yang berusaha kita pun berusaha juga dah dua tiga bulan naik turun pejabat JPN bila dah dapat kad pengenalan senanglah pakcik Wahab nak dapat bantuan Maidam dan JKM,” ujarnya.

Loading...
Terkini