comscore
Tumpuan :
Nasional

9 kematian akibat rabies di Sarawak

Foto hiasan

PETALING JAYA : Sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia dengan sembilan kematian, dilaporkan di Sarawak sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023 .

Ia menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di negeri itu sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017, adalah  66
kes melibatkan 59 kematian, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu daripada 11 kes yang dilaporkan tahun ini, empat (4) kes masing-masing dari Sibu dan  Serian, dua (2) kes dari Kuching dan satu (1) kes dari Bintulu .

Semua mangsa berusia antara enam  hingga 63 tahun.

”Lapan  kes yang dilaporkan tahun ini mempunyai sejarah digigit oleh anjing, dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar oleh kucing, manakala satu kes tidak diketahui oleh ahli keluarga sama ada mempunyai sejarah digigit atau dicakar oleh haiwan”, katanya.

Rabies adalah penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus rabies.

Virus ini terdapat dalam air liur haiwan yang dijangkiti dan boleh menjangkiti manusia melalui gigitan atau semasa kontak langsung
dengan air liur haiwan yang dijangkiti, sama ada melalui luka atau lapisan mukosa tubuh, termasuk kesan cakar oleh kucing peliharaan atau kucing liar.

Ia boleh menyebabkan kematian sekiranya jangkitan merebak ke otak.

Loading...
Terkini