comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Abby kongsi detik Aslam dan Marissa bertemu keluarga

Abby bertemu Marissa dan Aslam dan menyifatkan setiap kekhilafan pasti akan ada jalan penyelesaian. – Foto IG Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkongsi video pendek yang dimuat naik di Instagram menyaksikan menantunya, Mohd Aslam bersalam dan mengucup tangannya dalam satu pertemuan.

Momen penuh bermakna itu sekali gus membuktikan hubungan yang pernah keruh antara mereka kembali jernih sempena Syawal ini.

Terdahulu, isterinya, Marissa Dania Hakim yang mengenakan baju kurung moden rona kuning dilihat memeluk erat ibunya, seolah-olah melepaskan rasa rindu yang berpanjangan.

Abby juga dilihat menyeka air mata selepas bertemu dengan anak dan menantunya itu.

Menerusi keterangan gambar mengiringi entri itu, Abby menyifatkan setiap kekhilafan pasti akan ada jalan penyelesaian.
Meraikan kemenangan Aidilfitri dan mengajar diri bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.

“Dan setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati,” coretnya.

Menerusi video itu, kelihatan bapa Marissa, Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza turut menyambut kehadiran pasangan itu.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut meluahkan rasa syukur apabila hubungan keluarga itu kembali terjalin erat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini