comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir di lima negeri hingga petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan Perak, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 7 malam hari ini.

Met Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 3.30 petang tadi memaklumkan, di Perak ribut petir dan hujan lebat dijangka membadai daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Di Pahang, amaran sama dikeluarkan membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron dan Lipis, manakala di Johor, daerah terlibat ialah Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

“Seterusnya, ribut petir dijangka melanda Sarawak membabitkan Miri (Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) dan WP Labuan,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi maklumat cuaca yang terkini dan sahih.

Loading...
Terkini