IPOH: “Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalunya pergi dulu,” itu kata Md Akhir Jamaludin, 55, mengenai anak saudaranya Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 34, yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi semalam.
Md Akhir berkata sebagai anak sulung daripada empat beradik, Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
“Kali terakhir berjumpa tahun lepas, raya tahun ini pun tak dapat jumpa arwah sebab dia bertugas tapi dia ada bercerita akan menyertai pertunjukan udara (sempena Ulang Tahun TLDM ke-90),” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semalam.
Menurutnya, Mohamad Amirulfaris meninggalkan seorang balu dan dua anak berusia tujuh serta dua tahun.
Md Akhir yang berasal dari Negeri Sembilan berkata anak saudaranya itu telah dua tahun bertugas di Sabah kerana dinaikkan pangkat.
“Arwah masih muda, semua yang terkorban pun berusia bawah 40 tahun, mereka ini masih panjang khidmat untuk negara namun Allah lebih sayangkan mereka,” katanya.
Menurutnya Allahyarham akan dikebumikan di Senawang, Negeri Sembilan sebaik selesai proses bedah siasat.
Md Akhir berkata semua ahli keluarga Allahyarham telah diterbangkan dari Sabah ke Perak bagi pengecaman jenazah.
Mohamad Amirulfaris adalah antara 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada pagi semalam. -BERNAMA-
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [KEMAS KINI] Helikopter terhempas: Identiti dan wajah 10 mangsa nahas
- Helikopter terhempas: Tujuh mangsa lelaki, tiga wanita dibedah siasat di HRPB – Polis
- [KEMASKINI] [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut, 10 maut
- Nahas helikopter di Lumut, dipercayai berlanggar di udara
- [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut: TLDM sahkan semua 10 mangsa maut
- Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter Lumut
- Mindef akan nilai semula penganjuran ulang tahun TLDM ke-90
- Nahas helikopter di Lumut: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL
- Helikopter terhempas: Identiti 10 mangsa sedang dikenal pasti – Khaled Nordin
- [VIDEO] Helikopter terhempas: Laporan interim nahas akan disediakan secepat mungkin
- Helikopter terhempas: Sultan Selangor zahir rasa amat sedih, dukacita
- Helikopter terhempas: 21 anggota bomba terbabit dengan operasi mengeluarkan mangsa