comscore
Tumpuan :
Nasional

Anifah Aman dilantik Penasihat Khas Kepada Ketua Menteri Sabah

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan watikah pelantikan sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri kepada Datuk Seri Anifah Aman di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, semalam.

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Mantan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Anifah, 69, yang juga mantan Ahli Parlimen Kimanis menerima watikah pelantikan daripada Hajiji di pejabatnya di Menara Kinabalu, semalam.

Hajiji yakin pelantikan Anifah, yang berpengalaman luas dalam perhubungan antarabangsa dapat membantu Kerajaan Negeri dalam menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara luar dan pelabur asing, selaras dengan dasar mesra pelabur.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berbincang dengan
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup semasa menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, semalam.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau diberi taklimat ringkas oleh Arthur mengenai projek kerjasama MOSTI dengan jabatan dan agensi negeri serta program-program yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji mahu MOSTI menerusi jabatan dan agensinya membantu Sabah dalam merancakkan lagii pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk penyaluran pelbagai dana dan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian itu ke Sabah.

Loading...
Terkini