comscore
Tumpuan :
Infografik

Anwar: The Untold Story diluluskan LPF, patuhi 4 garis panduan ditetapkan – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Empat aspek utama dalam Garis Panduan Penapisan Filem, KDN 2010 yang diteliti dan diberi perhatian khusus oleh Ahli Lembaga Penapis Filem (LPF) ketika menapis sesebuah filem, iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya serta ketertiban dan ketatasusilaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Filem Anwar: The Untold Story diluluskan LPF setelah ditonton tapis berpandukan kepada garis panduan berkenaan.

LPF juga jelasnya akan merujuk kepada keputusan rasmi kerajaan berhubung kandungan sesebuah filem seperti kertas Suruhanjaya Diraja atau Iain-Iain keputusan berkaitan.

“Secara umumnya semua filem boleh diluluskan untuk tayangan kepada umum termasuk filem yang memaparkan badan atau jabatan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) selagi mana ia tidak bertentangan garis panduan tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan dasar LPF bagi kandungan filem atau drama televisyen membabitkan pihak berkuasa seperti PDRM khususnya adegan yang mencemarkan imej dan nama baik PDRM dalam filem Anwar: The Untold Story.

Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui LPF melaksanakan tugas dan tanggungjawab penapisan filem berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620].

Beliau berkata merujuk kepada peruntukan itu, LPF bertanggungjawab ke atas filem (termasuk drama televisyen) dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia (kecuali melalui internet).

Loading...
Terkini