comscore
Tumpuan :
Nasional

AUKU 1971 boleh dipinda ikut kesesuaian – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama pelajar selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam. – FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak wajar untuk memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 selepas mempertimbangkan beberapa peruntukannya yang masih relevan dan penting.

Perdana Menteri sebaliknya menjelaskan kesediaan untuk meminda beberapa peruntukan mengikut akta berkenaan, namun tidak memperincikan seksyen khusus dalam AUKU 1971 yang mahu diteliti semula.

“Seperti dibangkitkan menteri (Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin) mari kita berunding (dan) pinda beberapa peruntukan (dalam AUKU 1971) yang perlu diperjelaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena lawatan rasminya ke institusi pengajian tinggi itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Loading...
Terkini