comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Baharu diturap sudah berkurap

Keadaan laluan dari Ulu Tiram ke Felda Ulu Tebrau berlubang hingga menimbulkan masalah dan menjejaskan keselesaan ramai.

ULU TIRAM: Pengalaman kenderaan tersadai di tepi jalan akibat tayar pecah bukan lagi asing dalam kalangan pengguna jalan dari Ulu Tiram ke Felda Ulu Tebrau di sini khususnya sejak lima bulan lalu.

Seorang pekerja swatsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shahazwanfahmy, 31, berkata dia yang tinggal di Taman Desa Cemerlang di sini menggunakan laluan berkenaan ke tempat kerja di Senai hampir setiap hari.

Menurutnya, bagaimanapun dalam tempoh lima bulan lalu, keadaan laluan berkenaan bertambah buruk dengan puluhan lubang yang semakin besar dan membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

Katanya, laluan yang paling terjejas terutama sebelum ladang nenas hingga ke Felda Ulu Tebrau di sini.

“Sejak lima bulan lalu, saya terserempak dengan hampir 20 kejadian pecah tayar, kerosakan rim selain kemalangan membabitkan penunggang motosikal hingga terpaksa menerima rawatan di hospital.”

“Sudah puas pengguna jalan raya membuat aduan, sampai bila pengguna kena tangung risiko kenderaan rosak kerana keadaan jalan raya. Adakah pihak berkaitan menunggu sehingga berlaku kejadian meragut nyawa dan sebagainya untuk bertindak,” katanya.

Shahazwanfahmy berkata beliau turut memuat naik keadaan laluan berkenaan di laman sosial Facebook (FB) supaya pihak berkaitan mengambil tindakan sesuai.

“Laluan berkenaan menjadi laluan kenderaan berat mahupun ringan terutama ke kawasan Senai dan Kulai. Sepatutnya pelaksanaan pembaikan jalan yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan dan bukan sekadar tampal lubang dan ia berulang,” tambahnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz berkata aduan jalan berlubang adalah kes yang paling kerap diterima pihaknya.

Beliau berkata pihaknya sudah beberapa kali membuat aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA).

“Saya juga merujuk ke Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) dan pernah bawa juga ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor,” tambahnya.

Jelas Amira Aisya, beliau difahamkan bahawa jalan itu adalah di bawah kelolaan persekutuan dan proses patching atau rampal hanya bersifat sementara.

Kerana itu, beliau menggesa Kementerian Kerja Raya mengambil tindakan yang lebih komprehensif kerana banyak kemalangan berlaku membabitkan kenderaan ringan dan kenderaan berat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini