comscore
Tumpuan :
Nasional

Baki 4 hari, 8.79 juta sudah mendaftar PADU – Kementerian Ekonomi

Status data warganegara dan pemastautin di sistem PADU. – FOTO: Ihsan Kementerian Ekonomi/Facebook

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 11.59 malam tadi, sejumlah 8.79 juta orang sudah mengemaskini maklumat individu masing-masing dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Ekonomi ketika tempoh untuk mengemaskini PADU berbaki empat hari sahaja lagi.

“Rekod pengemaskinian maklumat individu sehingga jam 11.59 malam tadi mencapai 8.79 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran.

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mengemaskini maklumat dalam sistem PADU,” katanya melalui Facebook.

Dalam satu muat naik berasingan, kementerian itu memaklumkan masih belum terlambat untuk membuat pengemaskinian maklumat sebelum 31 Mac bagi untuk membolehkan diri masing-masing tergolong dalam kumpulan mereka yang menerima bantuan sekiranya layak.

Semalam Kementerian Ekonomi mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan berbayar untuk mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ini kerana, katanya pendaftaran dan pengemaskinian PADU adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Pendaftaran PADU boleh dilakukan secara percuma melalui pautan http://padu.gov.my dan sekiranya perlu ke kaunter fizikal, hubungi pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di negeri masing-masing.

Maklumat tentang DOSM negeri boleh didapati di https://dosm.gov.my/portal-main/directory/

PADU berperanan untuk memastikan orang ramai menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat dan orang ramai diminta mendaftar serta mengemas kini PADU sebelum 31 Mac ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini