comscore
Tumpuan :
Nasional

Sistem PADU akan dilaksanakan secara berfasa

Oleh: Farah Nabilah Wazer

PUTRAJAYA: Pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) akan dilaksanakan melalui beberapa fasa.

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Norazmie Diron berkata bagi fasa pertama, pengumpulan data pentadbiran PADU akan tertumpu kepada kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan yang mempunyai pangkalan data masing-masing.

“Agensi kerajaan yang beroperasi di negeri dan daerah juga mempunyai kepelbagaian data granular sehingga ke peringkat lokaliti dan berfrekuensi tinggi”

“Sehubungan itu, keterlibatan semua agensi kerajaan dalam perkongsian data dalam fasa seterusnya merupakan perkara asas dalam usaha untuk melengkapkan lagi maklumat di dalam PADU.”

Tambahnya, sebahagian besar agensi pada peringkat Persekutuan telah bersetuju untuk membekalkan data.

Antaranya termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pelajaran dan Tenaga Nasional Berhad.

Sementara itu, PADU juga memerlukan beberapa maklumat penting daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan antaranya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam, agensi zakat negeri, pejabat atau agensi yang bertanggungjawab dengan urusan berkaitan pemilikan tanah, pihak berkuasa tempatan dan pembekal perkhidmatan bagi maklumat mengenai utiliti.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini