comscore
Tumpuan :
Nasional

Bangkai helikopter AW139 dibawa ke SUMS

 


PETALING JAYA: Bangkai helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang terhempas di perairan Pulau Angsa, Selangor, telah dibawa ke jeti Pelabuhan Klang sebelum dibawa ke Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) pada jam 3.30 pagi tadi untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan helikopter dengan nombor pendaftaran M72-01 adalah salah satu daripada tiga siri pesawat udara AW139 yang diletakkan di bawah Skuadron Phoenix, Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia yang telah diterima daripada kerajaan pada 2010.

Berdasarkan rekod, hampir lima ribu jam penerbangan, helikopter terbabit telah melaksanakan pelbagai misi penerbangan operasi seperti Op Naga, Op Kuda Laut, Op Pagar Laut, Op Benteng, Op Jangkar Haram dan lain-lain operasi penguatkuasaan.

Selain itu, pesawat berkenaan banyak terlibat dengan pelbagai misi mencari dan menyelamat yang dikoordinasi Maritim Malaysia.

Pesawat itu juga terlibat dalam operasi menyelamat lima orang pemancing yang terkandas akibat cuaca buruk di Pulau Batu Berantai di barat laut Pantai Remis, Jeram pada 2022.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini