comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut’

 

Oleh Siti Khadijah Jaafar

KUALA SELANGOR: “Saya nampak sebuah helikopter terbang rendah, sebelum berpusing-pusing dan terjatuh ke dalam laut”.

Detik cemas itu dikongsi, pemancing Mohd Riduan Kulop Ahmad yang berada di lokasi kejadian bersama tujuh lagi rakanya yang juga pemancing.

“Saya dengan kawan-kawan saya seramai tujuh orang pemancing Pulau Angsa dalam jam 9 lebih macamtu saya nampak helikopter ada memang rendah lah dekat boya kuning tiba-tiba helikopter tu berpusing-pusing pusing jatuh dan saya pun terkejutlah saya terus call 999 untuk bantuan. Dalam 15 ke 20 minit, ada orang datang selamatkan lah”.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin yang dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ya dia yang membuat panggilan kecemasan kepada DCC Kuala Selangor pagi tadi”, katanya.

Dalam kejadian sekitar 9.55 pagi tadi helikopter AW139 itu dilaporkan melakukan pendaratan cemas di Perairan Pulau Angsa.

APMM menerusi satu kenyataan memaklumkan, maklumat kejadian itu diterima menerusi panggilan MERS 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

FOTO: IPD Kuala Selangor

Sebelum itu bot pemancing yang berada di lokasi berkenaan telah memberi bantual awal keoada kru terbabit dan 10 anggota pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (Star Team) dan KM Bagan Datuk.

Operasi Mencari dan Menyelamat kemudian diaktifkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Maritime Rescue Coordinate Centre (MRCC) Putrajaya pada jam 10.15 pagi tadi.

Helikopter malang itu diterbangkan Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi.

Turut menaikinya, kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Stesen Udara Maritim Subang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini