comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bangkai helikopter AW139 dibawa keluar awal pagi tadi

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Bangkai helikopter jenis AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa pagi semalam dikeluarkan dari lokasi insiden awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan sumber kepada Buletin TV3.

Kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan APMM dalam masa terdekat.

“Sehubungan itu, operasi dan tugasan pengawalan juga selesai sepenuhnya pada jam 2 pagi tadi”, katanya.

Terdahulu, APMM mengesahkan helikopter malang itu melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi semalam namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Helikopter yang diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria turut disertai Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini