comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir kilat: PPS pertama dibuka di Negeri Sembilan

NILAI: Tiga kampung di sini dilanda banjir kilat malam tadi, menyebabkan seramai 68 mangsa terpaksa dipindahkan segera ke pusat pemindahan sementara (PPS).Seramai 16 keluarga kini berada di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Machang, Lenggeng.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam kenyataan memaklumkan, PPS berkenaan dibuka pada jam 1.30 pagi menempatkan mangsa dari Kampung Chelogeh, Batu 18 dan Sungai Jai.

Katanya, mangsa yang dipindahkan termasuk empat warga emas, 18 kanak-kanak dan seorang bayi lelaki.

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban menerima panggilan orang awam kira-kira 8.20 malam tadi mengenai kejadian banjir kilat di Kampung Chelogeh.

“Anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan. Trend air sungai menunjukkan penurunan namun keadaan masih deras,” menurut kenyataan itu.

Sebuah PPS dibuka di SK Sungai Machang susulan banjir kilat melanda tiga kampung di Lenggeng, Negeri Sembilan, malam tadi. – Foto APM Negeri Sembilan
Loading...
Terkini