comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bapa Damia syukur jasad anak ditemukan walaupun tidak bernyawa

RANTAU PANJANG: “Pagi ini, kami terpaksa menerima khabar yang paling takut untuk didengar. Alhamdulillah, Tuhan hanya memberi kesempatan selama 11 tahun sahaja untuk kami bersama dengan Damia, kami reda melepaskan anak yang sangat baik ini,”.

Itu luah Mohd Sabri Mohd Noor, 33, bapa kepada Nur Damia Qaisara, 11, yang ditemukan lemas pagi ini.

Foto: NSTP

“Alhamdulillah, jasad anak saya ditemui walaupun dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi,” katanya.

Kanak-kanak itu terjatuh ketika bermain banjir di sungai Kampung Petai Dusun, Baroh Pial, di sini, kelmarin.

Katanya, sebaik diberitahu, anggota penyelamat mengenai penemuan Damia, kakinya berasa longlai, namun terus kuat selain bersyukur sekurang-kurangnya jasad anak sulungnya itu ditemukan.

“Saya dan isteri, Farah Adnan, 32, tidak henti-henti berdoa sepanjang operasi mencari dan menyelamat dijalankan supaya segala usaha anggota penyelamat dipermudahkan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang murid perempuan tahun lima, Siti Aisyah Mahzi, 11, ditemukan lemas, manakala rakannya iaitu Nur Damia Qaisara hilang, selepas mereka terjatuh di sungai Kampung Petai Dusun di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, mangsa kedua ditemui kira-kira jam 8 pagi pada jarak 100 meter dari kawasan mangsa pertama, Siti Aisyah.

“Kami dalam proses membawa jenazah keluar untuk diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke unit forensik Hospital Tanah Merah (HTM) bagi tujuan bedah siasat.

“Memandangkan lokasi kejadian turut dilanda banjir, kami mengalami sedikit kesukaran untuk membawa jenazah keluar kerana jalan utama ditenggelami air separas satu meter,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini