comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tahanan lolos: 91 ditahan semula, 38 masih diburu

Dua lagi tahanan Rohingya yang berjaya ditangkap oleh pihak polis bersama Imigresen hari ini selepas lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis malam lalu. – FOTO: Ihsan PDRM.

TAPAH: 91 pendatang asing yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor minggu lalu berjaya ditahan semula sehingga jam 7 malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata penahanan terbaharu membabitkan lapan Rohingya di hutan Jalan Kachu Tapah, hub getah Bidor dan Kampung Senta, Bidor.

Katanya, penahanan berkenaan berjaya dilakukan oleh pasukan operasi khas polis bersama anggota Jabatan Imigresen.

“Bermula hari pertama operasi, polis berjaya menahan seramai 66 tahanan manakala pihak imigresen pula berjaya memberkas seramai 25 orang.

“Ini menjadikan baki seramai 38 tahanan masih lagi diburu selepas 91 berjaya ditangkap manakala dua lagi meninggal akibat kemalangan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, seramai 131 tahanan dilaporkan bolos dari blok lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor.

Mohd Yusri menasihatkan orang ramai agar terus membantu memberi kerjasama dengan pihaknya bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini