comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Dipercepat

Bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dipercepatkan dengan bayaran paling awal disalurkan pada 21 Januari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata, susulan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan), Kementerian Kewangan akan mempercepat bayaran fasa kedua BPN 2.0 kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta sekitar 460,000 penerima baharu.

Tambahnya, penerima baharu itu adalah permohonan yang diluluskan pada tempoh permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 lalu.

Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my

Bayaran ini akan disalurkan seperti berikut:

Loading...
Terkini