comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga wanita Singapura maut nahas kereta – lori RORO

 

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Tiga wanita warga Singapura maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori pengangkut sampah, di Jalan Kota Tinggi – Kluang berdekatan ladang Cenas, hari ini.

Ketiga-tiga mangsa termasuk dua warga emas yang cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Foto ihsan JBPM Johor

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, mangsa yang maut dikenali sebagai Toh Poh Kian, 56, Soon Moh Tan dan Wong Lan Yew masing-masing berumur 61 tahun.

Manakala pemandu kereta Ong Cheow Lam, 59 dan pemandu lori RORO berumur 49 tahun, cedera ringan.

Foto ihsan JBPM Johor

Terdahulu, PGO menerima panggilan kecemasan pada jam 1.52 tengah hari .

Enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan diketuai Pegawai Bomba Kanan dua, Mohd Norul Fazudin Shafie digegaskan ke lokasi.

Polis masih menyiasat punca sebenar nahas.

Foto ihsan JBPM Johor
Loading...
Terkini