comscore
Tumpuan :
Nasional

Saya telah arahkan pegawai JSJ untuk membantu mengesan mereka – Ketua Polis Johor 

JOHOR BAHRU: Polis sedang berusaha mengesan empat sekeluarga dari Kluang yang dilaporkan hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis daerah Mersing, Kluang dan Batu Pahat diarah mengesan pergerakan kenderaan keluarga itu sekiranya mereka balik ke Johor.

Katanya, polis Johor menggerakkan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi mendapat maklumat lanjut dari Terengganu dan juga ahli keluarga terbabit di Kluang.

“Saya telah arahkan pegawai JSJ untuk membantu mengesan mereka. Kita sentiasa berhubung dengan Pasukan dari Terengganu bagi mengesan mereka” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu tular di media sosial, empat sekeluarga dilaporkan hilang di Pulau Perhentian, hujung minggu lalu.

Mereka yang hilang, iaitu seorang wanita, Suraidah Abdul Ghani, 52, anaknya, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani, Mohd Saiful, 4.

Mereka dikatakan menaiki kereta Proton Saga berwarna biru untuk ke Terengganu.

Polis Terengganu juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan empat sekeluarga terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN|

Loading...
Terkini