comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Belanjawan MADANI Kedua hampar tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 diungkap Perdana Menteri sebagai Belanjawan MADANI Kedua menghamparkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam memaknai sebuah cetusan nurani bagi mengangkat darjat harakat ekonomi negara dan rakyat.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjengah usia hampir setahun, pimpinan Kerajaan Perpaduan sedaya upaya menjelmakan semula kekuatan watan dan pengukuhan ekonomi domestik Malaysia.

Kadar pengangguran menurutnya, berjaya turun kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos 2023; iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum COVID-19 (3.3 peratus).

“Kebergantungan makanan import masih tinggi, tekad dan kesungguhan semua pihak berjaya meredakan inflasi secara beransur-ansur setiap bulan. Pada Ogos 2023, kadar inflasi hanya 2 peratus iaitu antara terendah di rantau ini malah lebih baik ketimbang negara ekonomi maju.” katanya.

“Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan pelabur asing. Bagi separuh pertama 2023, kita berjaya meraih pelaburan diluluskan bernilai 132.6 bilion ringgit iaitu melebihi 60 peratus daripada sasaran tahun ini. Pencapaian ini merangkumi 63.3 bilion ringgit pelaburan langsung asing melibatkan keseluruhan 2,651 projek dan dijangka menghasilkan lebih 51 ribu peluang pekerjaan.

“Negara juga kekal sebagai destinasi tumpuan pelancong. Setakat Ogos 2023 menyaksikan ketibaan pelancong asing hampir 13 juta pelancong, iaitu lebih tiga kali ganda ketimbang tahun lalu.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, indikator-indikator ini merupakan kekuatan hakiki negara.

“Insya-Allah, prestasi ekonomi akan terus pulih meski kita menghadapi tantangan ringgit.’ ujarnya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini