comscore
Tumpuan :
Nasional

Hasrat tunai umrah tertangguh sejak 2019, guru dakwa ditipu syarikat pelancongan

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim bersama mangsa penipuan pakej umrah menghantar surat permohonan perkembangan semasa di bawah Seksyen 107 A Kanun Tatacara Jenayah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman.

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Seorang guru bersama lapan lagi ahli keluarganya kerugian lebih RM77,000 selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej umrah dari sebuah syarikat pelancongan ternama.

Mangsa, Che Roni Mat dari Tanah Merah Kelantan mendakwa, mereka sekeluarga sepatutnya mengerjakan umrah pada 2019 namun sehingga kini ibadah itu masih tertangguh.

Dakwanya lagi, syarikat berkenaan turut meminta bayaran melebihi RM2,000 seorang sebagai kos tambahan setiap kali penjadualan semula penerbangan.

“Kos kenaikan yang ditanggung oleh syarikat terbabit kami kena tanggung. Setiap kali penjadualan semula dia (syarikat) minta kami buat pembayaran tambahan. Kami bayar tapi hasilnya tiada apa yang kami dapat melainkan batal.. batal.. batal.

“Saya diberi tarikh penerbangan sebanyak tiga kali pertama pada tahun 2019 kemudian ditunda pada Mac dan Ogos tahun ini,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mangsa, Che Roni Mat

Che Roni antara 179 mangsa yang hadir ke perkarangan JSJK Bukit Aman bersama wakil Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk menghantar permohonan Perkembangan semasa di bawah Seksyen 107 A Kanun Tatacara Jenayah kepada jabatan berkenaan.

Menurut Che Roni, pelbagai saluran telah digunakan bagi menyelesaikan kes berkenaan namun sehingga kini usaha mereka untuk mendapatkan keadilan menemui jalan buntu.

Lebih memilukan apabila salah seorang ahli keluarganya yang turut menjadi mangsa penipuan itu sempat mengerjakan umrah kerana meninggal dunia pada tahun lalu.

“Saudara saya kerah keringat kumpul duit dengan mengambil upah menoreh getah dan menjual kuih muih untuk mengerjakan umrah. Nak buat Haji lambat lagi, jadi  Jadi arwah (saudara) ambil keputusan untuk pergi Umrah dulu.

“Arwah tunggu dari tahun 2019 namun syarikat kerap menangguh perjalanan kami, sehinggalah saudara saya meninggal dunia tahun lalu,” katanya.

Che Roni berharap pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia, (PDRM) dapat mengambil tindakan segara untuk menyiasat kes berkenaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini