comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua cedera kebakaran di Taman Universiti

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Dua cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Universiti dekat sini petang tadi.

Mangsa, seorang lelaki yang melecur di bahagian tapak tangan manakala wanita berumur 36 tahun mengalami luka di bahagian kaki.

Kedua-dua mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke klinik kesihatan Taman Universiti untuk rawatan lanjut.

Menurut kenyataan pusat gerakan operasi jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima kecemasan melalui talian MERS999 jam 4.10 minit petang tadi.

Tiga buah jentera dengan kekuatan 33 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai Penolong Kanan Penguasa, Bomba Saifulbahri Safar.

Kebakaran dikawal sepenuhnya jam 4.35 petang.

Hampir 70 peratus tingkat atas rumah berkenaan hangus dalam kebakaran itu.

Turut hangus sebuah kereta jenis Subaru, motosikal modenas kriss dan motosikal Modenas Elite.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini