comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua penagih dadah cetak dan guna wang palsu diberkas

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kes duit palsu dengan seorang daripadanya merupakan pakar menghasilkan wang kertas palsu RM100, di Dungun, Terengganu.

 

Sebanyak 27 keping wang kertas palsu, komputer riba, telefon bimbit dan peralatan mencetak wang palsu dirampas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kedua-dua suspek iaitu lelaki Melayu masing-masing berusia 28 dan 33 tahun dari Terengganu dan Selangor, telah direman di Mahkamah Majistret Dungun selama empat hari bermula semalam sehingga Rabu bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek ini juga positif dadah jenis methamphetamine, dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan kes 69 wang palsu dari tahun 2022 sehingga Oktober 2023”.

Menurut Mazli, suspek amat teliti menggunakan duit palsu itu di kedai-kedai kecil dengan membuat pembelian rokok, makanan, dan juga menggunakan wang itu di pasaran gelap untuk mebeli dadah.

“Duit RM100 mereka gunakan untuk beli barang-barang seperti rokok dan juga di pasar gelap beli dadah, merka tukar duit ini juga untuk beli alat tulis dan makanan yang berharga rendah untuk mendapat tukaran wang betul”, katanya.

Datuk Mazli Mazlan berkata demikian ketika ditemui di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu, petang tadi.

Kegiatan suspek terbongkar selepas pengadu yang juga pekerja kedai alat tulis menemui wang palsu itu selepas membuat penutupan akaun jualan harian sebelum membuat laporan polis.

Hasil siasatan, suspek turut menjalankan modusoperandi yang sama di sekitar Kuala Terengganu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 489D Kanun Keseksaan (menggunakan wang sebagai tulen)  yang memperuntukkan hukuman penjara selama  tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbhaya 1952 yeng memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua (2) tahun.

Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan memeriksa wang kerta yang diterima terlebih dahulu dan melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat keraguan ke atas wang kertas tersebut.

Loading...
Terkini