comscore
Tumpuan :
Nasional

Eratkan perpaduan, kukuhkan ekonomi

FOTO: NSTP

KUCHING: Sambutan Tahun Naga sempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini diharapkan terus mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, selain itu sambutan yang turut diraikan masyarakat bukan Cina juga diharap membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

Menurutnya, semangat kebersamaan dalam kepelbagaian telah lama menjadi amalan di Sarawak dan ia diharap terus menjadi budaya seterusnya memastikan kestabilan yang menjamin ekonomi lebih baik.

“Dalam Tahun Naga ini diharap kita lebih makmur, ekonomi kita lebih mampan dan masyarakat berbilang kaum dan agama terus mengamalkan hidup bersatu padu.

FOTO: NSTP

“Dengan masyarakat yang bersatu padu kita dapat menumpukan perhatian kepada pembangunan lebih lestari untuk Sarawak,” katanya kepada media selepas menghadiri Mais Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kerajaan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof;.

Lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang pertama dianjurkan kerajaan Sarawak itu.

Selain itu, Tan Sri Abang Johari berkata, dengan ekonomi yang semakin baik serta pendapatan yang semakin meningkat, beliau yakin ia memudahkan usaha kerajaan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini