comscore
Tumpuan :
Nasional

Gajah Dipercayai Mati Termakan Racun Di Kebun Sayur

Bangkai gajah yang dipercayai telah mati kira-kira dua minggu ini telah mula mereput

Dua ekor gajah betina ditemui mati dipercayai termakan racun di sebuah kebun sayur di Kampung Ilham berhampiran Empangan Kahang dekat Kluang, Johor.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan bangkai haiwan berkenaan pada jam 5 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati gajah yang berumur 5 dan 6 tahun daripada kumpulan Gajah Asia itu dipercayai telah mati dalam tempoh satu hingga dua minggu lalu dipercayai termakan racun.

“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian”

“Beberapa pegawai dan doktor veterinar PERHILITAN Johor telah berada dilokasi kejadian untuk menjalankan siasatan” katanya.  

Bangkai dua gajah berkenaan kemudian ditanam menggunakan sebuah jentolak.

Bangkai gajah yang ditemui mati dipercayai termakan racun ditanam dengan menggunakan jentolak.

Lokasi kejadian adalah kawasan biasa bagi kumpulan gajah liar berkeliaran selain ia adalah kes kematian pertama mamalia berkenaan di tempat itu pada tahun ini.

Untuk rekod, pada tahun  2019, tiga ekor gajah dilaporkan ditemui mati di kawasan yang sama.

Loading...
Terkini