comscore
Tumpuan :
Nasional

Hayati tema Hari Kebangsaan, bersama kukuhkan perpaduan 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun membawa erti signifikan yang perlu dihayati seluruh rakyat.

Sambutan tahun ini yang mengangkat tema “Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, menzahirkan komitmen kerajaan mengajak rakyat bersatu mengukuhkan perpaduan, sekaligus cekal berdepan pelbagai cabaran.

Artikel berkaitan: [LANGSUNG] Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 | 31 Ogos 2023

Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Dr Lim Swee Tin

Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Dr Lim Swee Tin berkata, tema itu amat sesuai dengan landskap sosiopolitik dan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Ia menuntut kestabilan dan tidak akan wujud sekiranya rakyat berpecah belah.

“Saya percaya melalui tema yang dipilih tahun ini mudah-mudahan dengan izin tuhan menyatukan kembali kita merapatkan kembali kita dalam satu susunan satu angkatan satu bangsa bernama bangsa Malaysia.

“Di bawah Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Tuanku ini kita boleh melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan percaya diri bahawa kita bangsa yang teguh bersatu padu dan kukuh dalam menempuhi cabaran zaman”, katanya.

Tema yang didukung konsep Malaysia Madani juga sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan dan kesejahteraan.

Sehubungan itu, pemimpin juga perlu menggalas amanah dan tanggungjawab mereka.

“Sekarang Yang Amat Berhormat PM kita membawa kita untuk menjadi satu kuasa baru Asia seperti dahulu kuat dan perkasa disegani dan dihormati rasa kekitaan itu yang membawa kita ke mari. Dengan yang demikian setiap orang akan memainkan peranan setiap mereka akan bangun dari lena dan bangkit semula yang bekerja akan bekerja”.

Dalam usaha mengekalkan kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik, konteks rakyat berbilang bangsa dan agama, perlembagaan dan rukun negara perlu dijadikan pegangan.

Orang ramai juga rata-ratanya cakna dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini.

Abdul Azmin Jailani

Abdul Azmin Jailani yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan berpendapat, perpaduan penting dalam menjamin keamanan dan kesejahteraan terpelihara.

“Sebab kita berbilang kaum macam melayu, cina india semua ada so kena ada tu lah sikap perpaduan tu jangan bergaduh berpecah belah tu”.

Ahmad Faiq Ahmad Rahimi

Ia turut disokong jurukamera, Ahmad Faiq Ahmad Rahimi.

“Erti kemerdekaan ni pada saya sesuatu yang kita kena hargai dengan apa yang orang lama dah buat untuk kemerdekaanlah so kita kena teruskan dengan perpaduan itu sendiri dekat negara Malaysia so perpaduan itu sendiri dah bermaksud kemerdekaan untuk kita semua”.

Loading...
Terkini