comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Warga pangkalan TLDM Kota Kinabalu adakan bacaan Yasin, tahlil

Warga TLDM Kota Kinabalu hari ini mengadakan bacaan Yasin dan tahlil buat anggota yang terkorban dalam nahas udara di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi. – Foto Facebook Markas Pemerintahan Armada Timur

KOTA KINABALU: Warga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu hari ini mengadakan bacaan Yasin dan tahlil buat anggota yang terkorban dalam nahas udara di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.

Markas Pemerintahan Armada Timur dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan bacaan Yasin dan tahlil itu diadakan di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar di sini.

Menurut hantaran itu warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

“Sesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan akan mendapat sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.

“Kami mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan bersemadi bersama orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran berkenaan.

TLDM hari ini mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi yang membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

HOM-AW139 terbabit dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini