comscore
Tumpuan :
Nasional

Insiden pokok tumbang: Saya sempat bantu mangsa hingga dia terkorban – Saksi

Tariq Haikal – Saksi

Oleh: Fahmi Tajuddin

KUALA LUMPUR: Seorang saksi kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail menceritakan detik cemas apabila sempat membantu seorang mangsa yang dilaporkan maut di lokasi kejadian.

Tariq Haikal yang juga pemilik sebuah kafe berdekatan berkata, pada awalnya dia mendengar dentuman pokok tumbang dan runtuhan bumbung bangunan.

Sejurus itu, dia dan beberapa saksi lain terus membantu beberapa mangsa yang dihempap pokok berkenaan.

“Pukul 2 lebih tu dengar pokok  tumbang dan bumbung mulai pecah kena hempap. Pokok dah jatuh dekat semua kereta area situ.

“Ada seorang individu terus hubungi monorail. Kita cuba tolong sedaya yang mampu.

“Yang mana kami tolong, kami bawa ke sebuah hotel sebab dekat situ ada ambulan, tetapi ada seorang mangsa kita tak boleh tolong sangat sebab kepala dia kena hempap dengan pokok,” katanya.

Ujar Tariq, dianggarkan 20 individu cuba untuk menyelamatkan mangsa terkorban itu.

Bagaimanapun, pokok yang menghempap terlalu berat dan keadaan mangsa yang tersepit hingga menyebabkan sebarang pergerakan ke atasnya membawa kepada tekanan.

“Kami pegang pokok tu sampai la bomba datang untuk bantu. Tapi mangsa tak sedarkan diri sehingga maut di tempat kejadian,” tambahnya lagi.

Seorang warga tempatan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala dua mangsa dilaporkan cedera membabitkan seorang warga tempatan dan seorang warga asing.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan rawatan susulan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini