comscore
Tumpuan :
Nasional

Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja ditahan

 

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan terhadap dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berkaitan dakwaan terhadap pegawai kanan polis itu.

Beliau berkata, suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian didakwa melakukan perbuatan itu jam 6 petang di kawasan Johor Jaya di sini, kelmarin.

“Remaja perempuan itu membuat laporan polis jam 9.21 malam kelmarin, sebelum suspek berusia 29 tahun di tahan di kawasan Bandar Seri Alam untuk tindakan lanjut pada jam 11 malam hari yang sama.

“Polis turut merampas telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan bagi tempoh enam hari mulai semalam hingga 28 April. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan jika disabit hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini