comscore
Tumpuan :
Nasional

Isteri lemas, suami dan anak saudara hilang selepas terjatuh dari bot

TUMPAT: Seorang wanita ditemui lemas selepas terjatuh dari bot di Sungai Kelantan, Kampung Kutan Hulu, Tumpat petang tadi.

Manakala suami mangsa dikenali sebagai Najmi bersama anak saudaranya, Amirullah, 10 tahun dikhuatiri lemas dan gerakan mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.

Dalam kejadian jam 6.45 petang, keluarga berkenaan dikatakan bersiar- siar dengan bot milik Najmi sebelum kejadian berlaku.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini