comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir berkurangan, 15 PPS ditutup di Kelantan

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Setakat jam 4.30 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurang kepada 9,842 orang berbanding 14,385 orang pagi tadi, membolehkan 15 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup di negeri itu.

Semua mangsa banjir daripada 3,066 keluarga itu berlindung di 27 PPS di empat daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Kuala Krai.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, mangsa banjir di Pasir Mas menunjukkan penurunan kepada 6,522 orang yang berada di 12 PPS berbanding 10,283 orang pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir di Tumpat pula seramai 2,842 orang berada di 10 PPS, 411 orang di dua PPS di Jeli dan Kuala Krai seramai 67 orang di tiga PPS.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini