comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Jangan bawa naratif fitnah, kasut hadiah Sultan Johor dua tahun lalu’ – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sepasang kasut kulit berwarna hitam dipakainya yang diviralkan adalah pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. – Foto Twitter

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sepasang kasut kulit berwarna hitam dipakainya yang diviralkan adalah pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Perdana Menteri menerusi Twitter berkata kasut terbabit diberi Tuanku Sultan Johor dua tahun lalu.

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab satu ciapan menggunakan akaun Naratif Rakyat yang secara sinis membuat sindiran keputusan Anwar menolak penggunaan kereta jenis Mercedes S600 dan gaya pemakaian capalnya, namun hari ini memakai kasut kulit berjenama Louis Vuitton berharga lebih RM5,500.

Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10, kisah Anwar itu terus menjadi perhatian rakyat termasuklah gaya pemakaiannya yang mengenakan capal ketika memulakan tugas rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Anwar sebelum ini menolak daripada menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat.

Langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Loading...
Terkini